JurnalSem. Powered by Blogger.

Friday 4 May 2012

Teknik Promosi Blog



Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut kepada teknik promosi blog, kita perlu mengetahui tujuan kenapa perlu blog kita di promosi .  Antara sebab utama promosi blog ini adalah kita mahukan pelawat untuk melihat, membaca, dan memahami informasi ataupun luahan yang ingin disampaikan di blog kita . Bagi yang menjalankan perniagaan atau bisnes pula, amat-amat memerlukan pelawat kerana tanpa pelawat maka tiada customer atau pelanggan . Tanpa pelanggan maka tiadalah bisnes . Di bawah ini saya sertakan beberapa teknik promosi blog yang kita boleh cuba untuk menaikkan ranking blog kita di Search engine .


1        Mendapatkan link sebanyak yang mungkin .

Link adalah amat penting dalam proses proses mempromosi blog kita . Link yang bagus adalah link yang mempunyai anchor word yang berkaitan dengan blog anda. Contohnya, jika blog atau website berkenaan barangan kemas maka kita harus memastikan linknya berbunyi seperti :
                                      
                                         bla bla bla barangan kemas bla bla

dan bukannya hyperlink semata seperti :

                                         bla bla bla http://blogbarangankemas.com bla bla

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakan anchor link yang “menjual” dan bukannya “memaksa”. Kita juga boleh menggunakan perkataan seperti “Percuma”, “Sangat-sangat berkesan”! , “Untuk masa yang terhad sahaja” , dan lain-lain lagi .

Kepentingan Link dalam promosi blog

Terdapat 2 sebab utama mengapa link dikatakan sangat penting :

1.      Untuk SEO (Menaikkan ranking dalam Search Engine)

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan ranking yang baik ialah mengumpulkan Backlink ( link ke website kita ) daripada website-website yang bagus dengan anchor link yang bagus serta dalam jumlah yang banyak.
Lebih banyak LINK berkualiti yang kita peroleh maka lagi tinggi la kedudukan ranking blog ataupun website kita dan apa yang lebih menguntungkan juga adalah kemasukan lebih ramai pelawat dari Search Engine seperti Google dan Yahoo. Trafik daripada Seacrh Engine adalah merangkumi 50% daripada trafik yang kita akan peroleh.

2.      Direct Traffic

Direct traffic merupakan pengunjung daripada website-website yang mempunyai backlink kita tadi. Senang kata , kita telah menarik sedikit pengunjung website/blog yang mempunyai aliran trafik yang tinggi ( pengunjung yang ramai) ke blog kita .

Apabila kita mengumpulkan backlink , kita secara tidak lansung telah mendapat kedua-dua jenis pelawat iaitu pelawat daripada Search Engine dan juga pelawat daripada website ataupun blog orang lain .

0 comments

Post a Comment