JurnalSem. Powered by Blogger.

Wednesday 16 May 2012

Panduan membida produk di eBay


Perniagaan online menjual pelbagai produk lelongan yang paling popular di Malaysia ialah web eBay dan Lelong. Web ini memberi perkhidmatan menjual pelbagai produk lelongan menggunakan konsep bidaan. Bidaan yang paling tinggi adalah dikira sebagai pemenang untuk sesuatu produk yang dilelong. Apabila anda membeli produk melalui bidaan di weblelongan, bagaimana anda membidanya?

Artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tips sebelum membida produk di web lelongan sebagai panduan awal yang seharusnya anda tahu sebelum anda membuat keputusan untuk membidanya. Antaranya tips tersebut adalah seperti berikut;

1. Produk
Pemilihan produk yang betul adalah sangat penting bagi memastikan kepuasan
kepada diri anda. Di web lelongan anda boleh mengenal pasti lebih awal tentang
produk tersebut melalui artikel ringkas mengenainya serta gambar yang ditunjukkan didalam web lelongan tersebut. Sebagai contoh sekiranya saya hendak membida wang kertas, saya akan pastikan wang kertas yang hendak dibida tersebut berada di dalam keadaan baik dengan meneliti pelbagai sudut melalui gambar yang dipaparkan di lelongan tersebut sehingga saya berasa yakin dan puas hati.

2. Harga
Pemilihan harga sangat penting sebagai kayu pengukur sebelum anda membida
sesuatu produk di web lelongan. Pengalaman saya menjual produk di web
ebay.com.my, ada di antara pembeli membida produk di luar kemampuan mereka.
Oleh itu pilihlah harga produk yang anda bida tersebut berpatutan mengikut
kemampuan anda. Di ebay.com.my ada 2 harga yang diletakkan iaitu satu harga       
bidaan dan kedua harga buy it now. Sekiranya anda nak produk tu tak tergesa-gesa
dan nak dapatkan harga murah anda boleh teruskan dengan harga bidaan tetapi
kalau anda nak produk tersebut tanpa bersaing dengan pembeli lain anda boleh buy
it now. Jadi produk tersebut akan terus dijual kepada anda.

3. Status Penjual
Di web lelongan setiap penjual yang berjaya menjual barangan mereka para pembeli akan memberikan komen bergantung kepada produk yang mereka terima daripada penjual. Di ebay.com.my atau lelong.com.my misalnya, kita boleh melihat komen penjual ini melalui (Leave Feedback). Pastikan komen penjual yang anda akan membida produknya berada di antara penjual yang aktif dan mempunyai banyak komen-komen yang positive daripada pembeli.

4. Penipuan
Di web lelongan terdapat banyak penipuan berlaku daripada penjual produk. Berhati hati sebelum membuat bidaan. Untuk mengelakkan perkara ini tidak berlaku kepada diri anda, seharusnya anda tahu ini mungkin penyebabnya iaitu feedback orang yang sama berulang-ulang, transaksi dan harga yang tidak masuk akal langsung, kekerapan transaksi dan produk yang dijual. Daripada situ anda boleh menilai sama ada terdapat unsur penipuan atau tidak.

5. Promosi
Kepada anda yang masih baru dalam perniagaan laman web lelongan ini, berhati-hati semasa membida. Sebab ada penjual yang tidak beretika langsung mempromosikan produk mereka di dalam kesemua kategori di web lelongan. Elakkan penjual seperti ini dan mempunyai feedback yang negative terlalu banyak. Berhati-hati juga dengan penjual yang meletakkan harga promosi MYR0.01 pada bahagian bidaan tetapi bahagian keterangan letak harga sebenar lebih dari MYR30.00 ke atas. Tips! Baca dahulu keterangan sebelum anda membuat bidaan.

6. Keuntungan
Kebanyakkan pembeli membida produk di web lelongan sekadar hobi, suka-suka,
menambah koleksi dan sebagainya. Sekiranya anda pandai membeli produk yang
boleh dijual balik dengan harga 2 kali ganda daripada harga asal, anda adalah orang yang bijak. Kawan saya selalu membeli produk di ebay.com (US) iaitu alat ganti motosikal lama (BSA) dengan harga MYR1,000 tetapi menjualnya kembali di Malaysia dengan harga MYR2,000. Untung bukan!. Tips! Saya belilah produk yang hangat dipasaran lelongan supaya ianya dapat di pasarkan semula.

1 comments

Unknown 28 August 2019 at 12:19

Dalam satu-satu masa,kita blh bida berapa banyak dalam pasaran ebay?

Post a Comment