JurnalSem. Powered by Blogger.

Thursday 11 April 2013

Fenomena WeChat




Dulu apabila beli je smartphone, salah satu aplikasi yang wajib akan di install adalah Whatsapp dan juga BBM. Namun kini saya melihat terdapat satu lagi aplikasi yang telah menjadi fenomena di Malaysia ini iaitu WeChat. Ianya menyeronokkan dan juga percuma. Ramai juga penggemar “Social Networking” yang telah beralih untuk menggunakan aplikasi WeChat ni.

WeChat ni sebenarnya merupakan satu aplikasi rangkaian seperti Whatsapp tetapi ianya lebih advance dari aplikasi yang lain. Aplikasi ini pertama kali diperkenalkan di China dan dari sinilah WeChat ini berasal lalu berkembang dan merebak di seluruh dunia. Di WeChat, semua aplikasi-aplikasi chat yang pernah ada, disatukan menjadi satu paket yang menarik ditambah dengan fitur-fitur yang belum pernah saya temui pada chat application yang lain.

Di WeChat, kita boleh berinteraksi antara satu sama lain tak kira masa,keadaan atau tempat (asalkan ada connection internet la ) kerana ia adalah satu jaringan social yang menghubungkan kita dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter atau Blog. Aplikasi ini juga membolehkan kita mencari kenalan baru,chat,share gambar, share file atau lagu dan juga berbual secara Video Call secara percuma . 




Langkah Mudah Untuk Kurus dan Sihat




      Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Post kali ini adalah mengenai Langkah-langkah mudah yang boleh kita ambil untuk kurus . Saya tahu di luar sana ramai yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan mengimpikan untuk kurus . 

      Berat badan yang ideal dan seimbang adalah penting terutamanya dari segi keterampilan diri dan juga kesihatan diri kita sendiri. Orite..sebenarnya banyak cara untuk kurus atau mengurangkan berat badan tapi ini adalah antara step-step yang mudah untuk untuk mengurangkan berat badan. Berikut adalah antara beberapa langkah mudah yang boleh diikuti untuk menurunkan berat badan :

1.      Pengambilan Sayuran hijau dan buah-buahan

-          Ramai orang yang tidak menyukai sayur-sayuran hijau tetapi ia sebenarnya amat penting kepada tubuh badan kita. diikuti . Dengan langkah ni , kita tak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli kelengkapan senaman dan juga ubat-ubatan yang mahal. Apa yang di perlukan adalah kemahuan dan juga usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) menyarankan kita mengambil antara 400 – 500 gram sayur-sayuran dan juga buah-buahan setiap hari kerana ianya kaya dengan pelbagai zat . Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan mengurangkan risiko penyakit pada diri kita sekaligus bertindak secara semulajadi sebagai makanan serat yang baik untuk membantu proses penghadaman dalam tubuh .

2.      Utamakan pengambilan sarapan pagi

-          Sarapan pagi adalah tersangat penting jika kita ingin mengamalkan diet secara sihat . Tanpa sarapan pagi , kita akan memulakan hari tanpa semangat dan tubuh kita juga akan menjadi lesu dan kurang bertenaga . Jika kita mengamalkan sarapan pagi, tubuh kita akan merasa lebih segar dan membolehkan kita mengawal pengambilan makanan pada waktu tengahari daripada makan terlalu banyak .

3.      Elakkan minum minuman yang bergas

-          Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan ianya tidak baik untuk kesihatan . Untuk sihat dan juga mengawal berat badan , pengambilan air yang secukupnya amat penting . Amalkan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari . Air akan mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh . Sebelum makan makanan yang berat –berat, cuba minum air, pasti kita tidak akan makan dengan banyak.

4.      Jangan berlapar

-          Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan . Seharusnya makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan kita mengawal pemakanan secara lebih baik.

5.      Kurangkan pengambilan garam

-          Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita akan mengurangkan penangkungan air. Ini bermakna badan kita juga akan merasa lebih ringan dan kurang berat yang disebabkan oleh air.

6.      Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

-          Seeloknya minumlah minuman yang pahit seperti kopi sebelum makan dan berkumur beberapa saat. Dengan mengamalkan langkah ini, tekak kita akan merasa lebih pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan asid HCL dan juga enzim didalam perut akan menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

7.      Minum segelas teh sebelum tidur

-          Fungsinya adalah untuk mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan dan membolehkan makanan dihadam lebih cepat. Untuk mencuba langkah ini mestilah dengan meminum teh tanpa gula, contohnya Teh Sabah.

8.      Minum Vitamin

-          Meminum multivitamin setiap hari akan membuatkan rasa lapar berkurang. Ini telah dibuktikan dalam dua kajian oleh British Journal of Nutrition. Hasil daripada kajian ini menyebut bahawa individu yang mengamalkan pengambilan minuman multivitamin cenderung untuk memiliki berat badan yang lebih rendah daripada individu yang meminumnya. Minuman multivitamin yang elok adalah yang mengandungi kromium,tembaga,vitamin B6 dan juga B12 

  
      Untuk mencuba langkah-langkah yang lebih mudah untuk kurus dan juga mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, bolehlah klik di sini kerana ia juga menyediakan langkah yang lebih cepat dan murah tapi secara sihat dan selamat . Klik disini untuk mendapatkan panduan tersebut.
      
  



Sunday 17 June 2012

Perniagaan Adalah Kunci Kepada Kekayaan

Perniagaan merupakan jawapan yang tepat untuk mencapai kekayaan . Dalam islam sendiri ada menyebut bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan . Jika kita mengamati senario yang ada dalam dunia jutawan-jutawan yang terkenal di dunia , kebanyakan punca kekayaan mereka datangnya daripada aktiviti-aktiviti perniagaan yang besar .

Dalam dunia perniagaan , jika seseorang itu bijak melihat peluang pasaran yang ada , dia boleh mendapat keuntungan yang berlipat ganda walaupun bermula dengan modal yang sederhana . Pada hari ini , terdapat pelbagai cara untuk kita memulakan perniagaan samada perniagaan sepenuh masa atau separuh masa . Jika kita ingin memulakan perniagaan , persiapan yang rapi perlu ada untuk mengelakkan kerugian di masa akan datang .

Apa yang dimaksudkan dengan persiapan yang rapi adalah dari segi penyediaan modal , ilmu tentang perniagaan yang akan kita mulakan , kaedah promosi perniagaan kita untuk menarik minat pelanggan dan lain-lain lagi . Kita boleh mengambil teladan daripada pengalaman orang-orang yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan . Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya maka kita pasti tidak akan tersasar daripada matlamat asal kita .

Wednesday 16 May 2012

Strategi @ panduan berjaya di dalam perniagaan online


1.Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda
lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu
kejayaan atau kegagalan seseorang.
Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu
lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri ˆ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini˜. Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda
untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis ˆSIKAP˜. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.
Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih menyiapkan mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan ˆSaya mahu kerja ini sampai siap

2 . Cubalah teknik ini an. anda pasti akan merasa perbezaannya
bisnes yang baik, mereka. Ambil tindakan Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu
membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan . Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya ˘ BUAT SAHAJA.
Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa ˆ belajar pandai-pandai dan kerja yang baik˜. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri! 80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan
Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu
dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang
penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.
Jika anda mempunyai idea ˘ tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah ˘ tuliskan.
Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh
berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat
diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata ˆimpian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun˜ tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang , kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu. Saya harap 5 strategi diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat


Panduan memilih niche


Secara jujurnya saya katakan kepada anda, mencari niche adalah perkara yang paling susah dalam membina perniagaan internet anda. Jika anda melihat di forum-forum perniagaan internet atau mencarinya di enjin carian tentang “niche”, mereka yang pakar akan mengesyorkan kepada anda supa memilih perniagaan mengikut minat dan hobi anda. Ini penting supaya anda peka dan sentiasa mempunyai idea dengan topic di blog atau website anda.

Seeloknya, anda memilih niche yang jarang orang menulis tetapi mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Jadi, persaingan anda dalam bisness adalah kurang dan peluang anda Berjaya dengan cepat lebih mudah.
Jika anda berminat dengan “burung” atau “memancing”, ia masih terlalu umum untuk di bincangkan dan ianya mempunyai saingan yang ramai. Cuba kecilkan skop tajuk tersebut seperti “makanan dan penjagaan burung” atau “cara-cara memancing dan umpan berkesan”.

Panduan membida produk di eBay


Perniagaan online menjual pelbagai produk lelongan yang paling popular di Malaysia ialah web eBay dan Lelong. Web ini memberi perkhidmatan menjual pelbagai produk lelongan menggunakan konsep bidaan. Bidaan yang paling tinggi adalah dikira sebagai pemenang untuk sesuatu produk yang dilelong. Apabila anda membeli produk melalui bidaan di weblelongan, bagaimana anda membidanya?

Artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tips sebelum membida produk di web lelongan sebagai panduan awal yang seharusnya anda tahu sebelum anda membuat keputusan untuk membidanya. Antaranya tips tersebut adalah seperti berikut;

1. Produk
Pemilihan produk yang betul adalah sangat penting bagi memastikan kepuasan
kepada diri anda. Di web lelongan anda boleh mengenal pasti lebih awal tentang
produk tersebut melalui artikel ringkas mengenainya serta gambar yang ditunjukkan didalam web lelongan tersebut. Sebagai contoh sekiranya saya hendak membida wang kertas, saya akan pastikan wang kertas yang hendak dibida tersebut berada di dalam keadaan baik dengan meneliti pelbagai sudut melalui gambar yang dipaparkan di lelongan tersebut sehingga saya berasa yakin dan puas hati.

Apa itu eBay

Perniagaan online berasaskan internet khususnya eBay adalah sangat popular ketika ini . eBay telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet . Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang. Di negara Malaysia, eBay telah diperkenalkan pada Disember 2004. Bagi anda yang baru di dalam dunia perniagaan internet dan bercadang untuk memasarkan produk, saya sarankan kepada anda eBay adalah permulaan terbaik untuk anda memasarkan produk.
Menjual produk di eBay adalah sangat mudah, tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran. Cukup sekadar anda meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari yang anda tetapkan sendiri sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan. Bagi negara Malaysia, eBay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda. Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan eBay ini sebelum anda mengorak langkah kepada eBay berbayar yang sangat popular seperti eBay
US dan UK.