JurnalSem. Powered by Blogger.

Friday 4 May 2012

Pengurusan Kewangan


Menabung dan juga mengawal perbelanjaan merupakan tabiat yang baik namun bukan semua orang mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakannya . Tabiat menabung sebenarnya  perlu dipupuk daripada kanak-kanak lagi supaya ianya menjadi satu kebiasaan kepada kita dalam membuat pengurusan kewangan yang bijak . Namun masih belum terlambat jika kita mula menabung setelah memasuki alam pekerjaan . Untuk permulaan , kita boleh mengambil langkah pertama dengan mengawal segala perbelanjaan yang kita lakukan . Sungguh pun sesuatu perbelanjaan itu adalah sangat kecil , adalah digalakkan untuk kita menyimpan buku kira-kira serta segala resit pembayaran bagi membolehkan kita meneliti segala perbelanjaan yang telah dilakukan .

Faedah yang kita dapat sekiranya kita mengawal segala perbelanjaan kita adalah kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu . Selain itu , kita juga dapat melihat kemana duit kita dibelanjakan. Jika kita dapat membezakan antara barangan kehendak dan juga barangan keperluan maka kita akan lebih berhati – hati dalam membuat perbelanjaan pada masa hadapan . Kita perlu mengetahui bahawa walau sedikit manapun perbelanjaan yang dilakukan, ia tetap akan memberikan jumlah yang banyak sekiranya semua perbelanjaan itu dijumlahkan . 


Dalam kes penggunaan kad ATM pula , kita harus sentiasa beringat apabila mengeluarkan wang. Keluarkan jumlah wang yang perlu sahaja . Ini kerana jika maka kita perlu berhati – hati dan mengurangkan perbelanjaaan yang tidak diperlukan . kita mengeluarkan wang yang berlebihan maka kita akan terdorong untuk membeli barangan yang tidak diperlukan sekaligus menggalakkan kita untuk membazir .
Satu perkara lain lagi yang perlu diberikan perhatian serius juga adalah penggunaan kad kredit . Kad kredit boleh menjadi satu beban yang amat berat kepada penggunanya sehingga boleh menyebabkan muflis jika kita tidak pandai untuk menguruskan wang penggunaan kad kredit untuk kemudahan perbelanjaan . Perlu diingat , jika seseorang amat gemar berbelanja terutamanya pada musim jualan murah , memilih kad kredit bukanlah satu tindakan yang bijak .

Oleh itu , kesimpulan yang dapat di ambil adalah tabiat menabung perlu dijadikan keutamaan dalam pengurusan kewangan seharian kita di mana kita boleh membuat pengasingan terus terhadap jumlah wang yang perlu dikhususkan sebagai simpanan setiap bulan . Sebelum membuat sebarang pemotongan terhadap sebarang perbelanjaan , ambillah dahulu sejumlah wang untuk simpanan terlebih dahulu untuk simpanan . Seperti kata pepatah , sedikit – sedikit lama – lama pasti menjadi bukit . 

0 comments

Post a Comment