JurnalSem. Powered by Blogger.

Sunday 17 June 2012

Perniagaan Adalah Kunci Kepada Kekayaan

Perniagaan merupakan jawapan yang tepat untuk mencapai kekayaan . Dalam islam sendiri ada menyebut bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan . Jika kita mengamati senario yang ada dalam dunia jutawan-jutawan yang terkenal di dunia , kebanyakan punca kekayaan mereka datangnya daripada aktiviti-aktiviti perniagaan yang besar .

Dalam dunia perniagaan , jika seseorang itu bijak melihat peluang pasaran yang ada , dia boleh mendapat keuntungan yang berlipat ganda walaupun bermula dengan modal yang sederhana . Pada hari ini , terdapat pelbagai cara untuk kita memulakan perniagaan samada perniagaan sepenuh masa atau separuh masa . Jika kita ingin memulakan perniagaan , persiapan yang rapi perlu ada untuk mengelakkan kerugian di masa akan datang .

Apa yang dimaksudkan dengan persiapan yang rapi adalah dari segi penyediaan modal , ilmu tentang perniagaan yang akan kita mulakan , kaedah promosi perniagaan kita untuk menarik minat pelanggan dan lain-lain lagi . Kita boleh mengambil teladan daripada pengalaman orang-orang yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan . Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya maka kita pasti tidak akan tersasar daripada matlamat asal kita .