JurnalSem. Powered by Blogger.

Friday 4 May 2012

Perancangan Kekayaan


Perancangan kekayaan adalah penting untuk kita sebagai jaminan di masa hadapan . Ia juga sangat penting dalam usaha kita mencapai “financial goals”. Contohnya adalah untuk mempunyai asset dan simpanan bernilai RM 3 juta sebelum kita mencapai usia persaraan iaitu 56 tahun .
Terdapat 4 peringkat di dalam perancangan kekayaan ini iaitu Wealth Creation , Accumulation , Protection dan Distribution .

1.      Wealth Creation
Peringkat Wealth Creation ini adalah merupakan peringkat kepada seseorang individu itu untuk mengumpul harta dan juga kekayaan di dalam hidupnya . Biasanya majoriti daripada kita adalah terdiri daripada keluarga yang sederhana . Oleh itu , setelah habis belajar tidak kiralah di peringkat menengah , diploma ,degree ataupun peringkat yang lebih tinggi , kita biasanya lebih cenderung untuk bekerja makan gaji . Kerja ini tidak tertakluk kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan juga malahan kita boleh mencuba nasib dengan swasta asalkan kita mendapat duit yang cukup untuk menampung perbelanjaan kita dan juga mendapat gaji tetap setiap bulan .
Untuk peringkat ini , kita mestilah mempunyai perancangan dalam pengurusan gaji kita tadi . Mulakan dengan menyimpan sebahagian daripada gaji kita setiap bulan sebagai jaminan di waktu kita susah atau memerlukan . Contohnya jika gaji kita setiap bulan adalah RM3500 , RM350 perlu kita rizabkan sebagai simpanan iaitu 10% daripada gaji kita setiap bulan . Jadi setelah cukup 1 tahun, simpanan peribadi anda sudah ada sebanyak RM 4200 .
     
2.      Wealth Accumulation
Pada peringkat ini , kita perlu memikirkan langkah yang sesuai untuk mengembangkan duit simpanan peribadi kita agar ianya boleh meningkat ke jumlah yang lebih besar . Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan membuka satu perniagaan separuh masa atau ‘part time’ . Untuk membuka sebuah perniagaan ini , kita perlulah membuat sedikit kajian . Tujuannya adalah agar perniagaan kita dapat berkembang dan tidak lingkup di pertengahan jalan . Sebagai contoh , bisnes menjual burger . Mungkin ada sesetengah orang memandang peniaga burger ini sebagai selekeh namun pedulikan kata-kata orang . Buka gerai menjual burger pada hari Sabtu & Ahad iaitu di waktu cuti ataupun boleh juga membuka gerai kita setiap setiap malam sekiranya ada di antara kita yang masih larat untuk berniaga setelah seharian bekerja .
Bisnes ini jika dibuat mengikut perancangan akan membuahkan kejayaan . Ini kerana kita hanya perlu melakukan bisnes ini sendiri pada peringkat permulaan sahaja . Setelah kita mempunyai pelanggan tetap dan mempunyai hasil jualan yang konsisten , kita boleh mengupah orang pula untuk menjaga atau menjalankan bisnes kita tadi .
Dengan ini kita tidak perlu berhenti daripada kerja makan gaji tadi . Ok . Setelah kita mempunyai modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaan kita tadi , buka pula cawangan di tempat lain . Contohnya jika satu gerai burger kita boleh untung dalam RM 300 untuk 1 malam bermakna jika kita mempunyai 2 atau 3 lagi cawangan gerai burger yang lain , kita boleh mengaut keuntungan sebanyak RM900 atau RM1200 hanya untuk 1 malam sahaja . Itu hanya pada pandangan saya sahaja . Jika dikira untuk sebulan , maka anda sudah pun boleh tersenyum dengan hasil pendapatan sampingan ini .
Jika dilihat daripada perkembangan tadi maka gerai burger kita sudahpun menjadi satu bisnes automatik . Kita hanya perlu menjaga kualiti barangan perniagaan serta membuat perancangan yang baik agar perniagaan kita terus maju dan diterima pelanggan . Kita tidak perlu lagi bersusah payah seperti pada peringkat permulaan . Duit pula masuk terus ke akaun bank secara automatik .
Sebenarnya banyak lagi perniagaan sampingan yang boleh diceburi jika kita bijak menilai peluang .

3.      Wealth Protection
Wealth protection merupakan peringkat dimana kita perlu berhati – hati dengan kekayaan yang telah kita kumpul tadi . Mengapa saya mengatakan bahawa kita perlu berhati – hati? Ini kerana jika kita ditimpa apa-apa musibah ataupun kecelakaan , sekelip mata sahaja kekayaan tadi akan “dirampas”!
Sebagai contoh , jika kita disahkan oleh doktor menghidapai penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang tinggi seperti penyakit buah pinggang ataupun barah dimana bil perubatannya boleh mencecah sehingga berpuluh ribu ringgit , kita terpaksa menggunakan wang yang telah dikumpul sebelum ini untuk membayar semua kos perubatan penyakit itu .
Dengan itu , kita akan jatuh miskin kembali kerana duit yang telah kita simpan habis digunakan untuk tujuan rawatan penyakit kronik tadi . Perkara ini biasanaya terjadi hanya apabila kita tidak dilindungi oleh sebarang perlindungan seperti insurans . Untuk itu , kita perlulah membuat persediaan awal dengan mendapatkan sebarang perlindungan insurans untuk jaminan di waktu kesusahan . Terdapat pelbagai jenis agensi insurans mahupun bank yang menyediakan pelbagai skim insurans . Kita hanya perlu bijak memilih dan menilai mana satu skim atau pakej yang bagus untuk perlindungan kita dan juga keluarga apabila terjadi kesusahan seperti sakit , kemalangan atau kematian . Sekurang-kurangnya jika ada ahli keluarga kita yang sakit contohnya ibu bapa kita , ia akan menjadi liabilti pada kedudukan kewangan kita juga .

4.      Wealth Distribution
Akhir sekali adalah merupakan proses pembahagian atau pengagihan kekayaan . Kita perlu bijak untuk menentukan siapa yang paling berhak mewarisi bisnes atau kekayaan yang kita miliki setelah kita meninggal dunia .
Ini untuk mengelakkan kekayaan kita daripada dibekukan oleh pihak bank sementara makhamah menentukan siapa yang paling layak mewarisi harta jika ianya berlaku . Proses ini mengambil masa yang sangat lama . Ianya sudah tentu akan membebankan anak-anak serta atau isteri kita jika mereka tiada sumber pendapatan pada masa itu .
Untuk itu , lakukan persediaan awal dengan menulis wasiat dan juga melakukan pemindahan operasi perniagaan kita sebelum semunya terlambat .
Peringkat Wealth Protection pada saya adalah merupakan tahap yang paling kritikal kerana pada peringkat ini , peluang untuk kita bekerja adalah bergantung kepada jenis penyakit yang kita hidapi . Jika penyakit kita betul-betul kronik , tiada syarikat yang berani mengambil risiko untuk mengupah kita lagi sebagai pekerja . Jika kita bekerja di sektor  kerajaan pula , kita mungkin terpaksa bersara lebih awal sebelum waktu persaraan sebenar . Untuk itu , kita perlulah membuat persediaan awal untuk menghadapi segala kemungkinan ini di masa hadapan . Bak kata pepatah , “ Sediakan payung sebelum hujan” . 

0 comments

Post a Comment