JurnalSem. Powered by Blogger.

Sunday 6 May 2012

Kelebihan Produk-produk PLR



Di antara kelebihan – kelebihan yang boleh kita dapati daripada produk PLR adalah :

1        1.      Permintaan tinggi di pasaran

Produk PLR merupakan produk yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi di internet terutamanya berkaitan produk-produk informasi . Din internet informasi ataupun maklumat merupakan suatu komoditi yang amat tinggi nilainya jika kita bijak untuk menyusun dan mengatur informasi tersebut dengan lebih kemas .
Alasan yang paling kukuh kenapa produk ini sentiasa mendapat permintaan adalah kerana orang ramai akan sanggup membeli sesuatu maklumat itu jika sekiranya maklumat tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi . Walaupun maklumat tersebut boleh di dapati secara percuma oleh mereka tetapi ianya memerlukan masa untuk mencari dan memperoleh maklumat tersebut secara percuma . Dengan adanya produk PLR yang ditawarkan , mereka boleh membuat pembayaran dan memperoleh maklumat tersebut dalam masa yang pantas .


2    2.      Boleh diubahsuai

Setelah membuat pembayaran untuk mendapatkan produk PLR , pembeli bukan sahaja memperoleh maklumat yang diperlukan malahan berpeluang untuk membuat keuntungan berlipat ganda daripada maklumat tersebut . Bagaimana ianya berlaku ?
Produk PLR merupakan produk yang menawarkan lessen PLR terhadap para pembeli produk tersebut . Lesen PLR ini memberikan kebenaran kepada pemilik yang baru untuk mengubahsuai produk tersebut mengikut kehendaknya serta meletakkan nama pembeli tadi sebagai tuan punya produk tersebut . Dari sini ia membolehkan pembeli tersebut untuk membina jenama dan juga kredibiliti sebagai usahawan internet yang disegani kelak .

.    3.      Penjimatan kos

Dengan mendapatkan produk PLR secara tidak lansung kita boleh menjimatkan kos ataupun wang . Ini kerana untuk mencipta produk baru yang betul-betul “fresh” kita perlu mengeluarkan kos untuk mengupah ghostwriter untuk menulis sebuah artikel yang kita kehendaki . Upah untuk penulisan sebuah artikel yang berjumlah 300-500 patah perkataan pun boleh mencecah sehingga RM10-20 untuk satu artikel sahaja . Berbanding jika kita mendapatkan produk-produk PLR , pada kebiasaanya bahan – bahan PLR ini akan dijual dalam kuantiti pukal dan harganya juga adalah sangat berpatutan .



0 comments

Post a Comment