JurnalSem. Powered by Blogger.

Wednesday 16 May 2012

Off-Biz vs e-Biz

“Apa kelebihannya menjual melalui internet ? Bukankah banyak aktiviti yang
diragui banyak berlaku di internet? Bukankah persaingan e-biz di internet terlalu
besar? Saya orang kampung, saya fobia dengan komputer. Apatah lagi internet.”
Jangan terlalu ligat membuat alasan. Jangan skeptikal dengan teknologi baru.
Untuk maju, anda perlu berubah mengikut keperluan semasa. Jika perubahan
berlaku di dalam tamadun manusia, akan hanya ada dua kumpulan yang wujud;
menjadi ketua kepada perubahan atau menjadi mangsa di dalam perubahan.
Anda pilih.

Bukan niat untuk merendahkan perniagaan atas bumi (off-biz). Tetapi
menggalakkan orang seperti anda merebut peluang keemasan di depan mata.
Jika betul anda telah mempunyai off-biz yang menguntungkan, kenapa tidak
anda rebut peluang dengan mempromosi dan menjual produk anda secara
online? Tidakkah pelbagai sumber pendapatan (PSP) itu bagus untuk melipat
gandakan lagi keuntungan perniagaan anda? Anda masih menang.

Mari kita lihat satu kajian kes, kisah seorang tua yang mempunyai penyakit,
tidak boleh terdedah ke dunia luar. Lebih ekstrim lagi, beliau adalah seorang
yang terlalu fobia dengan komputer. Atas semangat jitu untuk mencari
pendapatan, beliau gahkan diri menggiatkan diri di dalam e-biz. Memandangkan itu sahaja alternatif terbaik untuk beliau, iaitu bekerja di rumah
sepenuh masa.

Orang tua yang kami maksudkan di atas bernama Preston J. Reuther daripada
New Orleans, USA. Beliau mempunyai satu hobi yang unik - membuat wire
sculptor jewelry. Berbekalkan modal $40, beliau cuba menjual hasil kraftangan menerusi internet. Disebabkan fobia dengan komputer, beliau mengupah orang lain untuk
membangunkan laman web niaga pertamanya. Namun gagal. Beliau cuba untuk
kali kedua dan gagal lagi. Pendapatan tidak seperti yang diharapkan.

Gagal sekali tidak bererti gagal sepenuhnya. Bagaimana jika gagal untuk kali
kedua? Untuk kali ketiga, Preston memberanikan diri untuk “bermesra” dengan
komputernya. Beliau mempelajari kaedah membangunkan laman web dan
teknik pemasaran e-biz yang berkesan. Akhirnya, e-biz beliau berjaya menjana
pendapatan sehingga USD50,000 ke USD90,000 sebulan.
Kini, beliau menjual kemahiran beliau bagaimana untuk membuat wire sculptor
jewelry di internet. Juga, beliau telah berjaya membuka beberapa cawangan di
India, Mexico, Puerto Rico, Ireland dan Thailand. Lebih menarik lagi, beliau
masih bekerja daripada rumah!

0 comments

Post a Comment