Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut kepada teknik
promosi blog, kita perlu mengetahui tujuan kenapa perlu blog kita di promosi . Antara sebab utama promosi blog ini adalah kita
mahukan pelawat untuk melihat, membaca, dan memahami informasi ataupun luahan
yang ingin disampaikan di blog kita . Bagi yang menjalankan perniagaan atau
bisnes pula, amat-amat memerlukan pelawat kerana tanpa pelawat maka tiada
customer atau pelanggan . Tanpa pelanggan maka tiadalah bisnes . Di bawah ini
saya sertakan beberapa teknik promosi blog yang kita boleh cuba untuk menaikkan
ranking blog kita di Search engine .
1 Mendapatkan
link sebanyak yang mungkin .
Link adalah amat
penting dalam proses proses mempromosi blog kita . Link yang bagus adalah link
yang mempunyai anchor word yang berkaitan dengan blog anda. Contohnya, jika
blog atau website berkenaan barangan kemas maka kita harus memastikan linknya
berbunyi seperti :
bla bla
bla barangan kemas bla bla
dan bukannya hyperlink
semata seperti :
bla bla
bla http://blogbarangankemas.com bla
bla
Untuk mendapatkan hasil
yang lebih baik, gunakan anchor link yang “menjual”
dan bukannya “memaksa”. Kita juga
boleh menggunakan perkataan seperti “Percuma”,
“Sangat-sangat berkesan”! , “Untuk masa yang terhad sahaja” , dan
lain-lain lagi .
Kepentingan
Link dalam promosi blog
Terdapat 2 sebab utama mengapa link dikatakan
sangat penting :
1. Untuk
SEO (Menaikkan ranking dalam Search
Engine)
Salah
satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan ranking yang baik ialah
mengumpulkan Backlink ( link ke
website kita ) daripada website-website yang bagus dengan anchor link yang
bagus serta dalam jumlah yang banyak.
Lebih
banyak LINK berkualiti yang kita
peroleh maka lagi tinggi la kedudukan ranking blog ataupun website kita dan apa
yang lebih menguntungkan juga adalah kemasukan lebih ramai pelawat dari Search Engine
seperti Google dan Yahoo. Trafik daripada Seacrh Engine adalah merangkumi 50%
daripada trafik yang kita akan peroleh.
2.
Direct
Traffic
Direct
traffic merupakan pengunjung daripada website-website yang mempunyai backlink
kita tadi. Senang kata , kita telah menarik sedikit pengunjung website/blog
yang mempunyai aliran trafik yang tinggi ( pengunjung yang ramai) ke blog kita
.
Apabila kita mengumpulkan backlink , kita secara
tidak lansung telah mendapat kedua-dua jenis pelawat iaitu pelawat daripada
Search Engine dan juga pelawat daripada website ataupun blog orang lain .
0 comments
Post a Comment