PLR merupakan singkatan daripada Private Label Right
. Ia adalah salah satu daripada jenis-jenis lessen hak jualan semula yang ada
bukan sahaja untuk perniagaan online sahaja malahan turut sama di gunakan dalam
dunia perniagaan offline . Selain daripada PLR , terdapat 2 jenis lessen lain
lagi iaitu MRR( Master Resell Right), dan juga RR( Resell Right ) . Pelanggan
yang membeli mana – mana produk digital yang disertakan dengan ketiga – tiga lessen
ini mempunyai hak jualan semula terhadap produk tersebut dan boleh mengaut
keuntungan 100% daripada jualan tersebut .
Apa yang membezakan ketiga-tiga jenis lessen tersebut adalah hak untuk mengubah suai produk asal tersebut . Produk PLR membenarkan pembelinya untuk mengubahsuai dan mengakui produk asal pembelian adalah produknya manakala produk MRR dan juga RR tidak diberikan kebenaran untuk tujuan itu . Apa yang diperolehi pembeli MRR dan juga RR adalah hak jualan semula dan memiliki keuntungan 100% daripada hasil jualan tersebut . Pada kebiasannya produk MRR atau RR hanya disertakan dalam format PDF untuk setiap pembelian manakala bagi produk PLR pula , pembeli akan mendapat produk tersebut dalam produk PDF dan juga format dokumen .txt atau .doc(Words) . Ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mengubahsuai kembali produk asal tersebut mengikut kehendak dan tujuan mereka .
0 comments
Post a Comment