Perancangan kekayaan adalah penting untuk kita
sebagai jaminan di masa hadapan . Ia juga sangat penting dalam usaha kita
mencapai “financial goals”. Contohnya adalah untuk mempunyai asset dan simpanan
bernilai RM 3 juta sebelum kita mencapai usia persaraan iaitu 56 tahun .
Terdapat 4
peringkat di dalam perancangan kekayaan ini iaitu Wealth Creation , Accumulation , Protection dan Distribution .
1.
Wealth
Creation
Peringkat Wealth Creation ini adalah merupakan
peringkat kepada seseorang individu itu untuk mengumpul harta dan juga kekayaan
di dalam hidupnya . Biasanya majoriti daripada kita adalah terdiri daripada
keluarga yang sederhana . Oleh itu , setelah habis belajar tidak kiralah di
peringkat menengah , diploma ,degree ataupun peringkat yang lebih tinggi , kita
biasanya lebih cenderung untuk bekerja makan gaji . Kerja ini tidak tertakluk
kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan juga malahan kita boleh mencuba nasib
dengan swasta asalkan kita mendapat duit yang cukup untuk menampung perbelanjaan
kita dan juga mendapat gaji tetap setiap bulan .
Untuk peringkat ini ,
kita mestilah mempunyai perancangan dalam pengurusan gaji kita tadi . Mulakan
dengan menyimpan sebahagian daripada gaji kita setiap bulan sebagai jaminan di
waktu kita susah atau memerlukan . Contohnya jika gaji kita setiap bulan adalah
RM3500 , RM350 perlu kita rizabkan sebagai simpanan iaitu 10% daripada gaji
kita setiap bulan . Jadi setelah cukup 1 tahun, simpanan peribadi anda sudah
ada sebanyak RM 4200 .
2.
Wealth
Accumulation
Pada peringkat ini ,
kita perlu memikirkan langkah yang sesuai untuk mengembangkan duit simpanan
peribadi kita agar ianya boleh meningkat ke jumlah yang lebih besar . Salah
satu langkah yang boleh diambil adalah dengan membuka satu perniagaan separuh
masa atau ‘part time’ . Untuk membuka sebuah perniagaan ini , kita perlulah
membuat sedikit kajian . Tujuannya adalah agar perniagaan kita dapat berkembang
dan tidak lingkup di pertengahan jalan . Sebagai contoh , bisnes menjual burger
. Mungkin ada sesetengah orang memandang peniaga burger ini sebagai selekeh
namun pedulikan kata-kata orang . Buka gerai menjual burger pada hari Sabtu
& Ahad iaitu di waktu cuti ataupun boleh juga membuka gerai kita setiap
setiap malam sekiranya ada di antara kita yang masih larat untuk berniaga
setelah seharian bekerja .
Bisnes ini jika dibuat
mengikut perancangan akan membuahkan kejayaan . Ini kerana kita hanya perlu
melakukan bisnes ini sendiri pada peringkat permulaan sahaja . Setelah kita
mempunyai pelanggan tetap dan mempunyai hasil jualan yang konsisten , kita
boleh mengupah orang pula untuk menjaga atau menjalankan bisnes kita tadi .
Dengan ini kita tidak
perlu berhenti daripada kerja makan gaji tadi . Ok . Setelah kita mempunyai
modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaan kita tadi , buka pula cawangan
di tempat lain . Contohnya jika satu gerai burger kita boleh untung dalam RM
300 untuk 1 malam bermakna jika kita mempunyai 2 atau 3 lagi cawangan gerai
burger yang lain , kita boleh mengaut keuntungan sebanyak RM900 atau RM1200
hanya untuk 1 malam sahaja . Itu hanya pada pandangan saya sahaja . Jika dikira
untuk sebulan , maka anda sudah pun boleh tersenyum dengan hasil pendapatan
sampingan ini .
Jika dilihat daripada
perkembangan tadi maka gerai burger kita sudahpun menjadi satu bisnes automatik
. Kita hanya perlu menjaga kualiti barangan perniagaan serta membuat
perancangan yang baik agar perniagaan kita terus maju dan diterima pelanggan .
Kita tidak perlu lagi bersusah payah seperti pada peringkat permulaan . Duit
pula masuk terus ke akaun bank secara automatik .
Sebenarnya banyak lagi
perniagaan sampingan yang boleh diceburi jika kita bijak menilai peluang .
3.
Wealth
Protection
Wealth protection
merupakan peringkat dimana kita perlu berhati – hati dengan kekayaan yang telah
kita kumpul tadi . Mengapa saya mengatakan bahawa kita perlu berhati – hati?
Ini kerana jika kita ditimpa apa-apa musibah ataupun kecelakaan , sekelip mata
sahaja kekayaan tadi akan “dirampas”!
Sebagai contoh , jika
kita disahkan oleh doktor menghidapai penyakit kronik yang memerlukan kos
rawatan yang tinggi seperti penyakit buah pinggang ataupun barah dimana bil
perubatannya boleh mencecah sehingga berpuluh ribu ringgit , kita terpaksa
menggunakan wang yang telah dikumpul sebelum ini untuk membayar semua kos
perubatan penyakit itu .
Dengan itu , kita akan
jatuh miskin kembali kerana duit yang telah kita simpan habis digunakan untuk
tujuan rawatan penyakit kronik tadi . Perkara ini biasanaya terjadi hanya
apabila kita tidak dilindungi oleh sebarang perlindungan seperti insurans .
Untuk itu , kita perlulah membuat persediaan awal dengan mendapatkan sebarang
perlindungan insurans untuk jaminan di waktu kesusahan . Terdapat pelbagai
jenis agensi insurans mahupun bank yang menyediakan pelbagai skim insurans .
Kita hanya perlu bijak memilih dan menilai mana satu skim atau pakej yang bagus
untuk perlindungan kita dan juga keluarga apabila terjadi kesusahan seperti
sakit , kemalangan atau kematian . Sekurang-kurangnya jika ada ahli keluarga
kita yang sakit contohnya ibu bapa kita , ia akan menjadi liabilti pada
kedudukan kewangan kita juga .
4.
Wealth
Distribution
Akhir sekali adalah
merupakan proses pembahagian atau pengagihan kekayaan . Kita perlu bijak untuk
menentukan siapa yang paling berhak mewarisi bisnes atau kekayaan yang kita
miliki setelah kita meninggal dunia .
Ini untuk mengelakkan
kekayaan kita daripada dibekukan oleh pihak bank sementara makhamah menentukan
siapa yang paling layak mewarisi harta jika ianya berlaku . Proses ini
mengambil masa yang sangat lama . Ianya sudah tentu akan membebankan anak-anak
serta atau isteri kita jika mereka tiada sumber pendapatan pada masa itu .
Untuk itu , lakukan
persediaan awal dengan menulis wasiat dan juga melakukan pemindahan operasi
perniagaan kita sebelum semunya terlambat .
Peringkat Wealth
Protection pada saya adalah merupakan tahap yang paling kritikal kerana pada
peringkat ini , peluang untuk kita bekerja adalah bergantung kepada jenis
penyakit yang kita hidapi . Jika penyakit kita betul-betul kronik , tiada
syarikat yang berani mengambil risiko untuk mengupah kita lagi sebagai pekerja
. Jika kita bekerja di sektor kerajaan
pula , kita mungkin terpaksa bersara lebih awal sebelum waktu persaraan sebenar
. Untuk itu , kita perlulah membuat persediaan awal untuk menghadapi segala
kemungkinan ini di masa hadapan . Bak kata pepatah , “ Sediakan payung sebelum
hujan” .
0 comments
Post a Comment