Di antara kelebihan – kelebihan yang boleh kita
dapati daripada produk PLR adalah :
1 1.
Permintaan
tinggi di pasaran
Produk PLR merupakan
produk yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi di internet terutamanya
berkaitan produk-produk informasi . Din internet informasi ataupun maklumat
merupakan suatu komoditi yang amat tinggi nilainya jika kita bijak untuk
menyusun dan mengatur informasi tersebut dengan lebih kemas .
Alasan yang paling
kukuh kenapa produk ini sentiasa mendapat permintaan adalah kerana orang ramai
akan sanggup membeli sesuatu maklumat itu jika sekiranya maklumat tersebut
dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi . Walaupun maklumat tersebut
boleh di dapati secara percuma oleh mereka tetapi ianya memerlukan masa untuk
mencari dan memperoleh maklumat tersebut secara percuma . Dengan adanya produk
PLR yang ditawarkan , mereka boleh membuat pembayaran dan memperoleh maklumat
tersebut dalam masa yang pantas .
2 2.
Boleh
diubahsuai
Setelah membuat
pembayaran untuk mendapatkan produk PLR , pembeli bukan sahaja memperoleh
maklumat yang diperlukan malahan berpeluang untuk membuat keuntungan berlipat
ganda daripada maklumat tersebut . Bagaimana ianya berlaku ?
Produk PLR merupakan
produk yang menawarkan lessen PLR terhadap para pembeli produk tersebut . Lesen
PLR ini memberikan kebenaran kepada pemilik yang baru untuk mengubahsuai produk
tersebut mengikut kehendaknya serta meletakkan nama pembeli tadi sebagai tuan
punya produk tersebut . Dari sini ia membolehkan pembeli tersebut untuk membina
jenama dan juga kredibiliti sebagai usahawan internet yang disegani kelak .
. 3.
Penjimatan
kos
Dengan mendapatkan produk PLR
secara tidak lansung kita boleh menjimatkan kos ataupun wang . Ini kerana untuk
mencipta produk baru yang betul-betul “fresh” kita perlu mengeluarkan kos untuk
mengupah ghostwriter untuk menulis
sebuah artikel yang kita kehendaki . Upah untuk penulisan sebuah artikel yang
berjumlah 300-500 patah perkataan pun boleh mencecah sehingga RM10-20 untuk
satu artikel sahaja . Berbanding jika kita mendapatkan produk-produk PLR , pada
kebiasaanya bahan – bahan PLR ini akan dijual dalam kuantiti pukal dan harganya
juga adalah sangat berpatutan .
0 comments
Post a Comment