Menabung dan
juga mengawal perbelanjaan merupakan tabiat yang baik namun bukan semua orang
mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakannya . Tabiat menabung
sebenarnya perlu dipupuk daripada
kanak-kanak lagi supaya ianya menjadi satu kebiasaan kepada kita dalam membuat
pengurusan kewangan yang bijak . Namun masih belum terlambat jika kita mula
menabung setelah memasuki alam pekerjaan . Untuk permulaan , kita boleh
mengambil langkah pertama dengan mengawal segala perbelanjaan yang kita lakukan
. Sungguh pun sesuatu perbelanjaan itu adalah sangat kecil , adalah digalakkan
untuk kita menyimpan buku kira-kira serta segala resit pembayaran bagi
membolehkan kita meneliti segala perbelanjaan yang telah dilakukan .
Faedah yang
kita dapat sekiranya kita mengawal segala perbelanjaan kita adalah kita akan
dapat mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu . Selain itu , kita juga dapat
melihat kemana duit kita dibelanjakan. Jika kita dapat membezakan antara
barangan kehendak dan juga barangan keperluan maka kita akan lebih berhati –
hati dalam membuat perbelanjaan pada masa hadapan . Kita perlu mengetahui
bahawa walau sedikit manapun perbelanjaan yang dilakukan, ia tetap akan
memberikan jumlah yang banyak sekiranya semua perbelanjaan itu dijumlahkan .
Dalam kes penggunaan kad ATM pula , kita harus sentiasa beringat apabila mengeluarkan wang. Keluarkan jumlah wang yang perlu sahaja . Ini kerana jika maka kita perlu berhati – hati dan mengurangkan perbelanjaaan yang tidak diperlukan . kita mengeluarkan wang yang berlebihan maka kita akan terdorong untuk membeli barangan yang tidak diperlukan sekaligus menggalakkan kita untuk membazir .
Satu perkara
lain lagi yang perlu diberikan perhatian serius juga adalah penggunaan kad
kredit . Kad kredit boleh menjadi satu beban yang amat berat kepada penggunanya
sehingga boleh menyebabkan muflis jika kita tidak pandai untuk menguruskan wang
penggunaan kad kredit untuk kemudahan perbelanjaan . Perlu diingat , jika
seseorang amat gemar berbelanja terutamanya pada musim jualan murah , memilih
kad kredit bukanlah satu tindakan yang bijak .
Oleh itu ,
kesimpulan yang dapat di ambil adalah tabiat menabung perlu dijadikan keutamaan
dalam pengurusan kewangan seharian kita di mana kita boleh membuat pengasingan
terus terhadap jumlah wang yang perlu dikhususkan sebagai simpanan setiap bulan
. Sebelum membuat sebarang pemotongan terhadap sebarang perbelanjaan , ambillah
dahulu sejumlah wang untuk simpanan terlebih dahulu untuk simpanan . Seperti
kata pepatah , sedikit – sedikit lama – lama pasti menjadi bukit .
0 comments
Post a Comment