JurnalSem. Powered by Blogger.

Thursday 11 April 2013

Langkah Mudah Untuk Kurus dan Sihat




      Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Post kali ini adalah mengenai Langkah-langkah mudah yang boleh kita ambil untuk kurus . Saya tahu di luar sana ramai yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan mengimpikan untuk kurus . 

      Berat badan yang ideal dan seimbang adalah penting terutamanya dari segi keterampilan diri dan juga kesihatan diri kita sendiri. Orite..sebenarnya banyak cara untuk kurus atau mengurangkan berat badan tapi ini adalah antara step-step yang mudah untuk untuk mengurangkan berat badan. Berikut adalah antara beberapa langkah mudah yang boleh diikuti untuk menurunkan berat badan :

1.      Pengambilan Sayuran hijau dan buah-buahan

-          Ramai orang yang tidak menyukai sayur-sayuran hijau tetapi ia sebenarnya amat penting kepada tubuh badan kita. diikuti . Dengan langkah ni , kita tak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli kelengkapan senaman dan juga ubat-ubatan yang mahal. Apa yang di perlukan adalah kemahuan dan juga usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) menyarankan kita mengambil antara 400 – 500 gram sayur-sayuran dan juga buah-buahan setiap hari kerana ianya kaya dengan pelbagai zat . Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan mengurangkan risiko penyakit pada diri kita sekaligus bertindak secara semulajadi sebagai makanan serat yang baik untuk membantu proses penghadaman dalam tubuh .

2.      Utamakan pengambilan sarapan pagi

-          Sarapan pagi adalah tersangat penting jika kita ingin mengamalkan diet secara sihat . Tanpa sarapan pagi , kita akan memulakan hari tanpa semangat dan tubuh kita juga akan menjadi lesu dan kurang bertenaga . Jika kita mengamalkan sarapan pagi, tubuh kita akan merasa lebih segar dan membolehkan kita mengawal pengambilan makanan pada waktu tengahari daripada makan terlalu banyak .

3.      Elakkan minum minuman yang bergas

-          Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan ianya tidak baik untuk kesihatan . Untuk sihat dan juga mengawal berat badan , pengambilan air yang secukupnya amat penting . Amalkan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari . Air akan mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh . Sebelum makan makanan yang berat –berat, cuba minum air, pasti kita tidak akan makan dengan banyak.

4.      Jangan berlapar

-          Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan . Seharusnya makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan kita mengawal pemakanan secara lebih baik.

5.      Kurangkan pengambilan garam

-          Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita akan mengurangkan penangkungan air. Ini bermakna badan kita juga akan merasa lebih ringan dan kurang berat yang disebabkan oleh air.

6.      Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

-          Seeloknya minumlah minuman yang pahit seperti kopi sebelum makan dan berkumur beberapa saat. Dengan mengamalkan langkah ini, tekak kita akan merasa lebih pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan asid HCL dan juga enzim didalam perut akan menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

7.      Minum segelas teh sebelum tidur

-          Fungsinya adalah untuk mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan dan membolehkan makanan dihadam lebih cepat. Untuk mencuba langkah ini mestilah dengan meminum teh tanpa gula, contohnya Teh Sabah.

8.      Minum Vitamin

-          Meminum multivitamin setiap hari akan membuatkan rasa lapar berkurang. Ini telah dibuktikan dalam dua kajian oleh British Journal of Nutrition. Hasil daripada kajian ini menyebut bahawa individu yang mengamalkan pengambilan minuman multivitamin cenderung untuk memiliki berat badan yang lebih rendah daripada individu yang meminumnya. Minuman multivitamin yang elok adalah yang mengandungi kromium,tembaga,vitamin B6 dan juga B12 

  
      Untuk mencuba langkah-langkah yang lebih mudah untuk kurus dan juga mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, bolehlah klik di sini kerana ia juga menyediakan langkah yang lebih cepat dan murah tapi secara sihat dan selamat . Klik disini untuk mendapatkan panduan tersebut.
      
  



0 comments

Post a Comment