Assalamualaikum
dan salam sejahtera pada semua. Post kali ini adalah mengenai Langkah-langkah
mudah yang boleh kita ambil untuk kurus . Saya tahu di luar sana ramai yang
mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan mengimpikan untuk kurus .
Berat
badan yang ideal dan seimbang adalah penting terutamanya dari segi keterampilan
diri dan juga kesihatan diri kita sendiri. Orite..sebenarnya
banyak cara untuk kurus atau mengurangkan berat badan tapi ini adalah antara
step-step yang mudah untuk untuk mengurangkan berat badan. Berikut adalah
antara beberapa langkah mudah yang boleh diikuti untuk menurunkan berat badan :
1. Pengambilan Sayuran hijau dan
buah-buahan
-
Ramai
orang yang tidak menyukai sayur-sayuran hijau tetapi ia sebenarnya amat penting
kepada tubuh badan kita. diikuti . Dengan langkah ni , kita tak perlu
mengeluarkan belanja untuk membeli kelengkapan senaman dan juga ubat-ubatan
yang mahal. Apa yang di perlukan adalah kemahuan dan juga usaha Pertubuhan
Kesihatan Sedunia ( WHO ) menyarankan kita mengambil antara 400 – 500 gram
sayur-sayuran dan juga buah-buahan setiap hari kerana ianya kaya dengan pelbagai
zat . Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan mengurangkan risiko
penyakit pada diri kita sekaligus bertindak secara semulajadi sebagai makanan
serat yang baik untuk membantu proses penghadaman dalam tubuh .
2. Utamakan pengambilan sarapan pagi
-
Sarapan
pagi adalah tersangat penting jika kita ingin mengamalkan diet secara sihat .
Tanpa sarapan pagi , kita akan memulakan hari tanpa semangat dan tubuh kita
juga akan menjadi lesu dan kurang bertenaga . Jika kita mengamalkan sarapan
pagi, tubuh kita akan merasa lebih segar dan membolehkan kita mengawal
pengambilan makanan pada waktu tengahari daripada makan terlalu banyak .
3. Elakkan minum minuman yang bergas
-
Minuman
bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan ianya tidak baik untuk kesihatan
. Untuk sihat dan juga mengawal berat badan , pengambilan air yang secukupnya
amat penting . Amalkan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari . Air akan
mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh . Sebelum makan makanan yang berat –berat, cuba
minum air, pasti kita tidak akan makan dengan banyak.
4. Jangan berlapar
-
Makan
ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan .
Seharusnya makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini
membolehkan kita mengawal pemakanan secara lebih baik.
5. Kurangkan pengambilan garam
-
Pengambilan
garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan kita akan mengurangkan penangkungan air. Ini bermakna badan kita
juga akan merasa lebih ringan dan kurang berat yang disebabkan oleh air.
6. Ambil sesuatu yang pahit sebelum
makan
-
Seeloknya
minumlah minuman yang pahit seperti kopi sebelum makan dan berkumur beberapa
saat. Dengan mengamalkan langkah ini, tekak kita akan merasa lebih pahit dan
menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan asid HCL dan juga enzim didalam perut akan menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.
7. Minum segelas teh sebelum tidur
-
Fungsinya
adalah untuk mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan dan membolehkan
makanan dihadam lebih cepat. Untuk mencuba langkah ini mestilah dengan meminum teh
tanpa gula, contohnya Teh Sabah.
8. Minum Vitamin
-
Meminum
multivitamin setiap hari akan membuatkan rasa lapar berkurang. Ini telah
dibuktikan dalam dua kajian oleh British Journal of Nutrition. Hasil daripada
kajian ini menyebut bahawa individu yang mengamalkan pengambilan minuman
multivitamin cenderung untuk memiliki berat badan yang lebih rendah daripada
individu yang meminumnya. Minuman multivitamin yang elok adalah yang
mengandungi kromium,tembaga,vitamin B6 dan juga B12
Untuk mencuba langkah-langkah yang lebih mudah untuk kurus dan juga mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, bolehlah klik di sini kerana ia juga menyediakan langkah yang lebih cepat dan murah tapi secara sihat dan selamat . Klik disini untuk mendapatkan panduan tersebut.